About KA
Editorial Information
Submission Rules
Current Issue
Past Issues
 
 
 
 
Volume 6, Issue 4


No Flipbook Available

A Nineteenth-Century Malay Bookseller's Catalogue.
I. Proudfoot,
   
Perpustakaan Universiti Leiden mempunyai sebuah katalog buku-buku untuk jualan yang dicetak oleh Haji Muhammad Siraj, seorang penerbit Melayu di Singapura. Katalog ini dapat ditetapkan tarikhnya pada 7897 atau 7898. Haji Siraj dan penjualpenjual buku Melayu terkemuka yang lain berhubungan erat dengan masyarakat Islam yang kuat di pasisir jawa. Katalognya memberi sedikit gambaran ten tang bagaimana perdagangan buku Melayu dikendalikan, dan apakah jenis buku-buku yang dijual. Haji Siraj menjual buku-buku yang khususnya diterbitkan oleh penerblt-penerbit lain di Singapura, walaupun beliau juga menguruskan langganan untuk akhbar-akhbar Arab dari Mesir dan ahhbar-akhbar Melayu (rumi) dari Hindia 8elanda. Katalog ini termasuk satu ruanqan untuk buku-buku di bawah tajuk 'Kitab'. Anehnya buku-buku ini bukan berkenaan agama Islam malahan berupa buku-buku rujukan. Buku-buku berkenaan hal ehwal Islam adalah dalam bentuk syair, atou hikayat mengenai wira-wira legendari dalam sejarah Islam. Katalog ini menggambarkan bagaimana bahan-bahan popular ini diberi sebaran luas pada lewat abad kesembilan belas.

Pengawalan Bibliografi Sastera Mahua.
Wee Hui Juat,
   
Sebelas buah bibliografi mengenai sastera Mahua yang diterbitkan di antara 7958 dan 7984 dihuraikan dengan butir-butir bibliografi yang lengkap dan disertakan dengan ulasan penuh untuk memperlihatkan ciri-ciri khusus tiap-tiap satu daripadanya. Di dalam 77 buah bibliografi ini bersemadi maklumat mengenai sastera Mahua dan penultspenulis Mahua dari 7979 sehingga 7987. Rencana ini menyarankan supaya Universiti Malaya dijadikan pusat bibliografi sastera Mahua untuk meneruskan usaha bibliografi yang sehingga ini dikerjakan oleh para cendekiawan yang berminat.



Last update: 14-08-2014