About KA
Editorial Information
Submission Rules
Current Issue
Past Issues
 
 
 
 
Volume 8, Issue 2


No Flipbook Available

Klang District and Town: History and Historical Sources
Khoo Kay Kim,
   
Makalah ini meninjau terutama sekali sejarah Kelang - termasuk kedua-dua kawasan daerah dan bandar - dari awal 1870an hingga ke tahun 1930an. Walau bagaimana pun sejarah bukan menjadi fokus utama. Petunjuk diberikan kepada sumber-sumber sejarah yang berguna untuk menyusun semula sejarah Kelang dari masa ianya berfungsi sebagai pelabuhan utama bagi negeri Selangor sehingga Kelang dan persekitarannya menjadi pusat utama bagi pertanian. Akhirnya penyentuhan dibuat kepada satu perkembangan yang penting yang pada masa ini kurang diketahui iaitu, permulaan penempatan perindustrian di Malaya. Industri utama pada waktu itu ditempatkan di Kelang oleh kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Pelabuhan Swettenham.

Koleksi Malaysia Oi John M. Echols Collection on Southeast Asia Perpustakaan Universiti Cornell
Mohd. Razali Agus,
   
Rencana dimulakan dengan memperkenalkan program pengajian Asia Tenggara di Cornell Universiti dan pengwujudan serta perkembangan koleksi Asia Tenggara yang oinamakan Koleksi Echols. Perolehan bahan bagi koleksi ini adalah melalui Pejabat Library of Congress bertempat di Jakarta dan juga pesanan secara langsung dari pengedar. Beberapa masalah yang dihadapi dalam usaha pengumpulan bahan dibincangkan. Perbandingan dibuat mengenai saiz koleksi Malaysiana dengan koleksi dari negaranegara Asia Tenggara yang lain. Rencana di akhiri dengan cadangan untuk memperkuatkan program pertukaran dan hadiah sebagai satu langkah untuk memperkayakan bahan-bahan Malaysiana di Koleks! Echols dan juga koleksi Malaysiana di perpustakaan institusi tempatan.



Last update: 14-08-2014