About KA
Editorial Information
Submission Rules
Current Issue
Past Issues
 
 
 
 
Volume 10, Issue 2


No Flipbook Available

Myanmar National Library
U Thaw Kaung,
   
Asul-usul Perpustakaan Negara Myanmar bermula dengan pembukaan Bernard Free Library pada 21 Feb. 1883. Pada awalnya ia berfungsi sebagai perpustakaan awam. Pada tahun 1952, kerajaan telah mengambilalih Perpustakaan ini dan ianya mulai dikenali sebagai Perpustakaan Negara Myanmar secara rasmi. Perpustakaan ini menghadapi berbagai masalah, seperti kekurangan bangunan yang sempurna, kekurangan tempat untuk menyimpan koleksinya yang semakin bertambah, kekurangan kakitangan ikhtisas, ketiadaan pertukaran asing untuk membeli buku-buku dan perkakas yang diperlukan dari luar negeri adalah merupakan masalah serius yang dihadapi oleh Perpustakaan ini. Walau bagaimanapun kerajaan Myanmar mengambil beberapa langkah positif seperti menambahkan nisbah kakitangan ikhtisas lebih dari 50% dalam tahun 1991, penambahan belanjawan untuk membeli buku, serta pembinaan perpustakaan baru yang dijangka siap pada pertengahan tahun 1991, memberikan harapan bahawa Perpustakaan Negara Myanmar akan menjadi suatu perpustakaan yang canggih; pada masa akan datang.

The Use of the CD-ROM MEDLINE in the Medical Library, University of Malaya
Chan Sai Noi, Haliza Yahaya,
   
Pengenalan teknologi CD-ROM ke Perpustakaan Perubatan Universiti Malaya bermula pada tehun 1990 dengan pembelian pangkalan data MEOLlNE, POPLINE dan POQ/Cancerlit dalam bentuk CD-ROM. Pengalaman Perpustakaan dalam pengenalan perkhidmatan CD-ROM ini, juga analisa timbalbalas yang diterima dari pengguna melalui kajian soa/selidik yang dijalankan dibentangkan dalam kertas ini. Cadangan yang disyorkan oleh pengguna bagi memperbaiki perkhidmatan ini turut dibincangkan.

SEAMIC Travel Research Fellowship Program 1990
Chan Sai Noi,
   
Program SEAMIC Travel Research Fellowship dimulakan pada tahun 1978 oleh SEAMIC/IMEJ. Laporan ini ialah rakaman pemerhatian penulis mengenai lawatan beliau ke beberapa buah perpustakaan perubatan di Singapura, Indonesia, Thailand dan Jepun di bawah Program tersebut.



Last update: 14-08-2014