About KA
Editorial Information
Submission Rules
Current Issue
Past Issues
 
 
 
 
Volume 10, Issue 1


No Flipbook Available

REVIEW OF 1990-1991
Khoo Siew Mun,
   
PUM telah mara ke hadapan di dalam beberapa bidang pada tempoh 1990-1991. Sebagai tambahan kepada penyataan rancangan-rancangan pengkomputeran, beberapa jenis perala tan besar dan kecil seperti kamera-kamera mikrofilem dan unit-unit hawa dingin, peralatan untuk pelajar-pelajar buta, sebuah van dan sebuah peti sejuk, telah diperolehi atau telah diluluskan perolehannya. Perubahan-perubahan kepada bangunan perpustakaan seperti foyer untuk Perpustakaan Utama, tangga dalam untuk menghubungkan tiga paras di Perpustakaan Majalah dan sebuah pondok untuk simpanan van Perpustakaan sedang dibina. Sokongan Universiti atas penubuhan dua buah unit kerja baru; belanjawan buku yang lebih besar; dan perjawatan Perpustakaan yang lebih besar amat menggalakkan. Sesi ini akan berakhir dengan Perpustakaan menyelaraskan sebuah bengkel serantau mengenai pemetaan anjuran IFLA.

COMPUTERIZING UML: A PROTEAN SAGA
Khoo Siew Mun,
   
Rancangan untuk mengkomputerkan PUM telah mengambil masa dua puluh tahun sebelum menjadl kenyataan. Usaha-usaha awal pada tahun-tahun tujuh puluhan ditujukan kepada kerja-kerja khusus seperti sirkulasi dan pengatalogan. Pengkomputeran prosesproses pengatalogan dibuat secara luar talian, ragam kelompok dan pemerosesan di luar. Pengkonseptualan pengkomputeran untuk semua proses perpustakaan pada asas terkamir, merangkaikan keseluruhan sistem perpustakaan Universiti, dengan komputer berdedikasi yang bertapak dalam Perpustakaan, hanya bennula pada tah~tahun Iapan puluhan. K8tiadaan peruntukan kewangan telah menyekat perlaksanaannya selama lebih satu dekad. Pada 1989, dengan peruntukan yang secukup daripada Kementerian Pendidikan, PUM berjaya mengeluarkan tender untuk satu sistem turnkey seperti yang diramalkan, dengan rangkaian penyelesaian luar mandatori kepada Perpustakaan Negara Malaysia dan MIMOS. Bagi kejayaan projek ini sehingga tahap ini, Perpustakaan berhutang budi kepada banyak agensi, pertubuhan dan orang-orang individu, tidak ketinggalan juga Jawatankuasa Keell Mengenai Pengakomputeran Perpustakaan, yang telah berkhidmat kepada PUM selama sepuluh tahun.

Library Automation of University of Malaya Library System: The Hardware Component and Environment
Andrew Lee,
   
Perkakasan-perkakasan buatan Digital Equipment merupakan sebahagian besar daripada perkakasan dalam rancangan pengkomputeran sistem Perpustakaan Universiti Malaya (PUM). Unit Pemprosesan Pusat (CPU) ialah sebuah modul komputer julat pertengahan Digital VAX6410. Perkakasan-perkakasan buatan Digital yang lain ialah saluran terminal, stesyen kerja dan peranti storan. Perkakasan-perkakasan buatan pihak ketiga adalah sumber bagi pemultipleks modem, pencetak dan alat membaca kod berpalang. Satu suasana Rangkaian-Kawasan- Tempatan (LAN) yang menggunakan protokol perhubungan Ethemet menghubungkan bahagia~bahagian di Perpustakaan Utama. Perpustaka~perpustakaan cawangan dirangkaikan kepada Perpustakaan Utama melalui pendawaian te/efon dengan pemultipleks-pemultipleks dan modem-modem yang bertempat di Perpustakaan Utama dan Perpustakaan cawangan masing-masing. Berbagai barangan yang lain seperti label-label kod berpalang dan perabut stesyen kerja juga telah diperolehi. Kerja-kerja sivil kecil seperti membina Bilik Komputer, pemasangan elektrik, pengubahsuaian kepada kaunter-kaunter perkhidmatan adalah perlu demi memastikan bahawa rancangan pengkomputeran tidak tertangguh. Perbincangan dari masa ke semasa di antara sistem PUM dengan pembekal utama diadakan demi mengkaji kemajuan dalam perlaksanaan .

ATLAS: A TOTAL LIBRARY AUTOMATION SYSTEM
Molly Chuah,
   
Artikel ini mengariskan ciri-ciri/sitet-siiet penting perisian ATLAS (ATLAS library software package). Modul-modul yang dihuraikan adalah MARION (MARC Information Online), CIRCLE (Circulation Control for the Library Environment), ACQUIRES (Acquisition and Serials Control), OPAC (On-line Public Access Catalog), NIX (Newspaper Indexing) dan D-SIRE (Data Research System for Information Retrieval).



Last update: 14-08-2014