About KA
Editorial Information
Submission Rules
Current Issue
Past Issues
 
 
 
 
Volume 11, Issue 2


No Flipbook Available

On-line Database Search Service in the University of Malaya Library: a Preliminary Analysis of Its Use
Teh Kang Hai,
   
Perkhidmatan pencarian secara on-line DIALOG telah ditubuhkan di Perpustakaan Universiti Malaya pada bulan September 1990. Sejumlah 49 pencarian telah dijalankan untuk kakitangan akademik dan penuntut pos-sarjana sehingga akhir tahun 1990. Sejumlah 26 borang soal-selidik dikembalikan dan jawapannya dianalisakan. Bagi 85% orang peminta, ini ialah kali pertama mereka menggunakan perkhidmatan pencarian on-line. Mereka dari bidang sains lebih banyak menggunakan perkhidmatan ini berbanding dengan mereka daripada bidang sastera dan sains sosial. Semua peminta menggunakan hasil pencarian untuk maksud penyelidikan. Hasil pencarian mempunyai ketepatan tinggi. Ini menegaskan pentingnya ada temu-duga rujukan di antara pustakawan dengan peminta, strategi pencarian yang baik dan kehadiran peminta sendiri apabila pencarian dijalankan. Banyak lagi rujukan yang relevan didapati melalui pencarian on-line jika dibanding dengan cara manual. la juga mengambil masa yang amat singkat. Pencarian on-line juga telah mendatangkan perubahan tentang cara peminta menggunakan Perpustakaan. Perkhidmatan pencarian on-line amatberguna dan harus dikekalkan.



Last update: 14-08-2014