About KA
Editorial Information
Submission Rules
Current Issue
Past Issues
 
 
 
 
Volume 26, Issue 2


No Flipbook Available

Assessing Service Quality at the University of Malaya Library
Kiran Kaur,
   
Kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan merupakan dua konsep yang sedang berkembang pesat dalam bidang sains perpustakaan dan maklumat. Konsep pengukuran kualiti perkhidmatan dari bidang pemasaran digunapakai oleh penyelidik sains perpustakaan untuk membangunkan satu instrumen kajian untuk mengukur kualiti perkhidmatan perpustakaan. Kertas ini menghuraikan kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji persepsi staf akademik mengenai kualiti perkhidmatan Perpustakaan Universiti Malaya. Ia juga mengkaji impak perkhidmatan perpustakaan ke atas kerja staf akademik dan tahap kepuasan mereka terhadap perkhidmatan perpustakaan. Alatan kajian merupakan soal-selidik yang diadaptasi daripada kajian impak kualiti berdasarkan SERVQUAL. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa staf akademik menganggap kualiti perkhidmatan perpustakaan berada pada tahap memuaskan. Staf perpustakaan juga dikatakan sedia membantu dan meningkatkan keyakinan pengguna perpustakaan. Staf akademik juga percaya bahawa perpustakaan mempunyai impak ke atas pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Tahap kepuasan secara menyeluruh adalah agak memuaskan. Berdasarkan penemuan kajian ini, boleh disimpulkan bahawa walaupun kualiti perkhidmatan perpustakaan dianggap hanya agak memuaskan, para akademik akan terus menggunakan sumber perpustakaan dan bergantung kepada staf perpustakaan untuk keperluan maklumat mereka.

Challenges in the Library Marketing Effort in a Knowledge Society
Che Rosnah Ngah,
   
Artikel ini menggariskan cabaran perpustakaan dalam usaha pemasaran masakini. Tidak kira apa jua jenis perpustakaan, inisiatif pemasaran perlu diberi lebih penekanan. Perpustakaan merupakan pusat pengumpulan maklumat dan ilmu pengetahuan di mana ia boleh dicapai dan disebarkan. Adalah tidak wajar sekiranya maklumat yang dikumpul ini tidak dapat digunakan apabila ia diperlukan, bukan kerana kekurangan maklumat, tetapi kerana ia tidak diketahui. Walaupun pengguna mengetahui peranan perpustakaan tetapi pendedahan tentang penyediaan maklumat yang cepat dan tepat tidak diberikan perhatian. Oleh itu, golongan profesional perpustakaan iaitu pustakawan bertanggungjawab mempromosi dan memaklumkan kepada pengguna. Ini hanya boleh dilakukan melalui inisiatif pemasaran, bukan hanya untuk menyebarkan maklumat, tetapi untuk mendidik dan menggalakkan pengguna menggunakan perpustakaan dengan berkesan. Cabaran dalam proses pemasaran perpustakaan dan cadangan untuk mengurangkan jurang maklumat menggunakan perubahan minda, perancangan strategik, pendekatan proses kejuruteraan semula dan pembangunan kepimpinan dibincangkan



Last update: 14-08-2014