About KA
Editorial Information
Submission Rules
Current Issue
Past Issues
 
 
 
 
Volume 26, Issue 1


No Flipbook Available

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN BAHAN DI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA (PUM): LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN
Mohd Zailan Endin,
   
Artikel ini membincangkan pengalaman Perpustakaan Universiti Malaya (PUM) dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan bahan perpustakaan. Pada tahun 2002 hingga awal 2003, PUM pernah berhadapan dengan situasi di mana bahan mengalami kerosakan yang serius disebabkan projek naiktaraf bangunan perpustakaan. Menyedari keperluan pengguna yang harus dipenuhi dan kualiti bahan yang perlu dilindungi, mendorong PUM merangka langkah proaktif dalam mengatasi sebarang kelemahan pemeliharaan dan pemuliharaan koleksinya. PUM juga bertekad untuk menyediakan persekitaran pembelajaran dan ruang kerja yang lebih kondusif, selesa dan sihat. Turut disenaraikan beberapa langkah penambahbaikan berdasarkan impak daripada permasalahan yang dihadapi.

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA 2006
Zaharah Ramly, Zanaria Saupi Udin,
   
Pada 2006, Perpustakaan Universiti Malaya (PUM) telah menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan untuk mengenalpasti faktor yang perlu diberi perhatian dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan kepada pengguna perpustakaan. Soalselidik yang dijalankan telah memberi maklumat tentang kepentingan sesuatu aspek perkhidmatan, koleksi dan kemudahan perpustakaan terhadap pengguna serta sejauh mana prestasi PUM dalam setiap aspek tersebut mengikut pandangan mereka. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang dipandang penting oleh pengguna perpustakaan adalah maklumat di dalam laman web, kekinian koleksi, kemudahan akses sumber elektronik, waktu pembukaan dan sikap mesra pelanggan staf perpustakaan. Antara aspek penting tersebut, tiga daripadanya perlu diberi perhatian oleh pihak perpustakaan untuk usaha penambahbaikan iaitu kekinian koleksi, kemudahan akses sumber elektronik dan sikap mesra pelanggan staf perpustakaan kerana ia dinilai sebagai tidak mencapai tahap prestasi yang diharapkan oleh para pengguna. Kajian ini secara langsung telah membawa kepada usaha PUM ke arah penambahbaikan terhadap aspek penting yang dikenalpasti.

A BIBLIOMETRIC STUDY OF AUTHORSHIP CHARACTERISTICS IN “KEKAL ABADI, UNIVERSITY OF MALAYA LIBRARY BULLETIN 1995- 2004”
Tiew, Wai Sin,
   
This bibliometric study attempts to explore the authorship characteristics in Kekal Abadi, University of Malaya Library Bulletin published by the University of Malaya Library since 1982. A total of 32 articles published in 24 issues of Kekal Abadi, University of Malaya Library Bulletin covering the period of 1995 to 2004 were analyzed. Author characteristics such as name, gender, status, institutional affiliation, language preference of authors, authorship of articles and length of articles were obtained, studied and analyzed. The findings reveals single-authored articles far outnumbered multi-authored articles at 69%, female contributors (76%) predominates male contributors (24%), middle-level professionals were the largest contributors of articles (79%), 78% of the articles published were in English, the top ranked contributor is Zaiton bt Osman, Consultant Librarian, Open University of Malaysia with four contributions and the most prolific institution is University of Malaya



Last update: 14-08-2014